Kelas Pengurusan Rumah Sewa 101

Mudahnya Urus Rumah Sewa!

urus rumah sewa

Adakah Ini Anda?

Jika Ya, Maka Kelas Ini Untuk Anda!

Jangan disebabkan penyewa kehidupan anda dan keluarga anda terganggu. Nak tidur pun tak tenang —setiap hari memikirkan masalah demi masalah tentang nak uruskan rumah sewa anda.

Tiba Masa Untuk Anda Berubah

Kelas Pengurusan Rumah Sewa 101 Sewanify memastikan anda tahu selok-belok dalam menguruskan rumah sewa dan lindungi diri anda daripada dipermainkan penyewa bermasalah.

Yakin Untuk Urus Rumah Sewa Sendiri

secara professional tanpa perlu keluarkan modal yang banyak untuk melantik ejen hartanah.

Penyewa Patuh & Akur Sehingga Akhir Sewaan

dengan peraturan rumah sewa yang ditetapkan. Tiada lagi lewat bayar sewa dan meninggalkan rumah sewa dalam keadaan tunggang-terbalik.

Rumah Sentiasa Didiami Penyewa

tanpa sebarang tempoh kekosongan (vacancy period), memastikan aliran kewangan anda sentiasa berjalan.

Elak Kerugian Ribuan Ringgit

akibat kerosakan yang disebabkan kelalaian penyewa dan 'memaksa' penyewa menanggung semua kos yang berkaitan.

Iklankan Rumah Sewa Seperti Pro

walaupun anda langsung tidak mahir dalam bidang pengiklanan dan pengambilan fotografi.

Penyewaan Berjalan Lancar

sehingga habis sewaan tanpa perlu anda rasa stress dengan masalah-masalah yang timbul.

Kelas Ini Bukan Untuk Semua Orang

Kelas ini direka khas & eksklusif untuk golongan Tuan Rumah tertentu sahaja. Sekiranya anda bukan berada di antara golongan ini, kami tidak nasihatkan anda untuk memasuki kelas ini.

Apa Yang Paling Penting...

Kelas Pengurusan Rumah Sewa 101 akan membantu anda berasa lebih yakin dalam menguruskan rumah sewa dan tidak berasa takut dengan apa yang penyewa (khususnya penyewa bermasalah) ingin lakukan terhadap anda.

Ia akan mengubah cara anda uruskan rumah sewa daripada terpaksa menanggung kerugian setiap bulan kepada menjadikan pelaburan hartanah anda itu memberikan keuntungan walaupun anda bukan pelabur hartanah yang professional.​

Apa Anda Akan Pelajari

Kelas Pengurusan Rumah Sewa 101 kami disusun dengan rapi dan berstruktur supaya ilmu yang disampaikan mudah untuk anda fahami.

Modul 1 - Apa Perlu Anda Buat Sebelum Penyewa Masuk

Pelajari apakah yang anda perlu lakukan sebelum penyewa masuk ke rumah sewa anda.

Kenapa kebanyakan Tuan Rumah gagal mendapat Penyewa berbanding jiran-jiran yang lain yang mempunyai lokasi dan struktur rumah yang sama?

Persiapan yang dilakukan terhadap sesebuah rumah sewa membezakan antara rumah yang berkualiti dengan rumah yang ‘biasa-biasa’ di mata Penyewa yang ideal.

Di dalam kelas ini, kita akan berbincang segala perkara yang wajib anda lakukan bagi mempersiapkan rumah sewa anda untuk sedia diduduki oleh penyewa pilihan anda.

Takut di sini bukan takut untuk bercakap dengan anda. Tetapi, ia lebih kepada takut untuk membuat salah dan melanggar peraturan rumah sewa sambil menjalinkan hubungan yang baik dengan Penyewa.

Peraturan Rumah Sewa direka khas untuk mendisiplinkan Penyewa. Namun, tidak semua peraturan sesuai digunakan dan Penyewa berpotensi mungkin sekali takut untuk menyewa dengan anda kerana peraturan tidak munasabah dan membebankan untuk mereka.

Di dalam kelas ini, anda akan pelajari bagaimana anda boleh tetapkan peraturan rumah sewa yang simple tetapi cukup untuk melindungi hak anda sebagai seorang Tuan Rumah.

Pelajari apakah nilai deposit yang patut dikenakan kepada Penyewa supaya hak anda sebagai tuan rumah kekal terlindung.

Buat kiraan berapakah nilai sewaan yang anda boleh kenakan berdasarkan beberapa faktor supaya aliran kewangan anda sentiasa positif.

Kiraan-kiraan ini memastikan rumah sewa anda menjana aliran kewangan yang positif untuk pelaburan anda.

Penyewa dari ‘Neraka’ tidak akan datang kalau tidak dijemput. Malangnya, kebanyakan tuan rumah tidak mempraktikkan langkah yang betul untuk mencari Penyewa ideal mereka.

Pelajari bagaimana anda boleh siapkan diri anda untuk elak dari mengambil Penyewa yang bermasalah ini.

Terdapat pelbagai faktor yang menentukan siapa bakal penyewa anda, dan kebanyakan daripada faktor ini sebenarnya anda sendiri boleh kawal!

Pelajari apakah persediaan yang perlu dibuat pada hari kemasukan penyewa.

Adakah perlu tandatangan perjanjian semasa/sebelum/selepas hari kemasukan?

Apakah proses kemasukan penyewa yang betul dan mampu menjadi bahan bukti untuk digunakan di mahkamah nanti?

Penyewa timbulkan isu Anda bawa kes ke mahkamah Pihak mahkamah reject

Isunya?

Perjanjian TIDAK SAH untuk digunakan!

Eh kenapa pula?

Dalam kelas ini, anda akan pelajari bagaimana anda boleh pastikan surat perjanjian sewa rumah anda sah digunakan mengikut undang-undang di Malaysia.

Modul 2 - Apa Perlu Dilakukan Sepanjang Tempoh Sewaan

Sepanjang tempoh sewaan, secara asasnya Penyewa akan bertindak mengikut 5 fasa.

Fasa-fasa ini adalah ibarat sebuah corak permainan yang dimainkan oleh seorang Penyewa.

Apabila anda kenal apakah corak yang mereka mainkan, sangat mudah untuk anda melaksanakan tindakan yang sepatutnya.

Di dalam kelas ini, anda akan kenali apakah 5 fasa dalam sesebuah penyewaan rumah dan bagaimana anda boleh elak dan bertindak dengan cepat untuk tangani sebarang masalah/isu timbul sepanjang tempoh sewaan.

Dalam kelas ini, kami akan dedahkan teknik-teknik memastikan penyewa berdisiplin dalam membayar duit sewa bulanan mereka.

Anda tidak perlu lagi rasa stress atau tertekan dengan penyewa yang culas membayar sewa sekiranya anda melakukan setiap perkara yang kami tekankan di dalam kelas ini.

 

Apa perasaan anda kalau Penyewa call anda tengah-tengah malam, meminta anda betulkan lampu rosak di rumah sewa anda?

Pelajari bagaimana anda boleh kawal Penyewa hanya untuk menghubungi anda pada waktu tertentu sahaja.

Di dalam kelas ini juga, anda akan kenal teknik-teknik untuk membebaskan diri anda dari terpaksa melayan permintaan penyewa setiap masa.

Penyewa lewat bayar sewa? Bil berbulan-bulan tertunggak? Rumah tunggang-langgang?

Di dalam kelas ini, anda akan pelajari bagaimana anda boleh uruskan penyewa yang bermasalah dengan cara yang betul dan efektif tanpa anda bersifat agresif.

Elak daripada melakukan tindakan yang melampaui batas sehingga merisikokan diri anda disaman oleh Penyewa.

Di dalam kelas ini, anda akan kenal beberapa jenis notis yang boleh anda hantar TANPA bantuan peguam yang boleh menakutkan penyewa anda.

Terdapat pelbagai jenis template notis yang kami sediakan khas untuk anda gunakan terhadap Penyewa anda.

Modul 3 - Perkara Wajib Buat Setelah Tamat Sewaan

Dalam kelas ini, anda akan kenali apakah langkah-langkah yang harus anda lakukan apabila tarikh akhir sewaan sudah tiba.

Persiapan yang rapi perlu dilakukan supaya Penyewa tidak mengambil kesempatan terhadap anda. Dan juga memastikan rumah sewa anda sentiasa dihuni oleh penyewa.

Adakah anda ingin sambung atau tamatkan kontrak penyewa?

Apakah prosedur yang betul dalam memastikan Penyewa sambung atau keluar rumah sewa dengan lancar?

Dalam kelas ini, anda akan tahu apakah anda perlu lakukan dengan perjanjian sewa rumah apabila tempoh sewaan sudah hampir tamat dan bagaimana anda boleh pastikan Penyewa akur dengan apapun keputusan anda.

Di dalam kelas ini, kita akan bincangkan apakah strategi yang anda boleh gunakan untuk pastikan rumah sewa anda tidak kosong.

Anda akan pelajari apakah cara terbaik untuk pastikan transisi antara penyewa lama dan baru berlaku dengan lancar.

Ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan setelah sewaan tamat supaya rumah sewa anda dipulangkan oleh Penyewa dalam keadaan yang baik.

Dalam kelas ini, kami akan dedahkan teknik-teknik penting untuk anda lakukan supaya hak anda sebagai tuan rumah kekal terlindung dan terpelihara.

Perlu pulangkan deposit ke?

Bagaimana nak kira harga deposit ni. Adakah patut pulang semua atau pulangkan separa sahaja?

Di dalam kelas ini, anda akan pelajari bagaimana anda boleh uruskan deposit Penyewa supaya anda bertindak adil terhadap mereka di samping memastikan setiap perkara di rumah telah dicuci dan dikemas dengan baik.

Promosi Pre-Launch

Dapatkan harga diskaun apabila anda menjadi salah seorang dari 10 orang yang terawal mendaftar ke program ini!

Pembayaran Sekali Seumur Hidup

RM97

Harga Promo - RM197
Harga Sebenar - RM297

10 Orang Terawal Sahaja

*Tertakluk pada terma & syarat

Apa Pelanggan Kami Kata?

Kebanyakan daripada mereka telah menggunakan servis/produk kami sebelum ini dan membuktikan apa yang kami tawarkan adalah suatu yang mampu beri nilai tambah dalam aspek pengurusan rumah sewa mereka. Tiba giliran anda pula!

Saya Dah Bayar, Apa Perlu Buat Seterusnya?

Setelah pembayaran selesai, anda akan mendapat sebuah emel daripada kami untuk login ke dalam sistem kami. Kemudian, anda terus boleh mulakan pembelajaran anda!

Kelas ini ditubuhkan khas untuk anda yang ingin selamatkan diri daripada penipuan penyewa dan juga memudahkan menguruskan rumah sewa anda.

Kelas secara 100% virtual ini diadakan supaya setiap tuan rumah mempunyai akses yang sama untuk upgrade diri menjadi tuan rumah yang lebih professional.

Tidak. Anda hanya perlu bayar SEKALI sahaja untuk mendapat akses seumur hidup.

Kelas online kami adalah video sebagai elemen pengajaran yang utama. Ditambah dengan penulisan sebagai ilmu tambahan kepada setiap video yang kami sampaikan.

Segala video boleh diakses melalui website kami di edu.sewanify.com.

Tidak. Ia bagi memastikan hak cipta semua video kami kekal terpelihara. Segala akses ke kelas online kami hanya melalui laman web kami di edu.sewanify.com sahaja.

Secara amnya, kami berikan anda 7 hari untuk menyatakan hasrat anda ingin wang anda dipulangkan atas sebab-sebab yang munasabah.

Sekiranya anda tidak faham, kami pihak kami di Sewanify sentiasa akan membantu.

Sama ada melalui Facebook, Emel ataupun WhatsApp, kami sedia menerima segala persoalaan daripada anda.

Dah Bersedia?

Jom Daftar Sekarang!

Pembayaran Sekali Seumur Hidup

RM97

Harga Promo - RM197
Harga Sebenar - RM297

10 Orang Terawal Sahaja

*Tertakluk pada terma & syarat