Polisi Privasi

Polisi Privasi Sewanify

Kami, Sewanify Technology (“Sewanify”, “kami”), menggunakan dan memproses maklumat peribadi yang diambil dari atau diberi oleh pelanggan, rakan perniagaan dan semua pihak yang berurusan dengan kami (secara keseluruhannya, “Pelanggan”) untuk pelbagai tujuan, termasuk pembangunan dan promosi produk dan servis yang lebih baik untuk kepuasan Pelanggan. Terma “maklumat peribadi” mempunyai makna yang sama dengan “butiran peribadi” seperti yang dicirikan dalam Akta Perlindungan Butiran Peribadi 2010 (“PDPA”) yang termasuk nama, alamat e-mel, alamat surat-menyurat, tarikh lahir, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan maklumat lain yang boleh digunakan untuk mengenal pasti Pelanggan. Terma “menggunakan” dan “memproses” mempunyai makna yang sama dengan “pemprosesan” seperti yang dicirikan dalam PDPA yang bermaksud, antara lainnya, mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, dll. Sewanify sedar yang mengurus dan melindungi maklumat peribadi dengan betul adalah tanggungjawab penting, dan perlu untuk mengekalkan kepercayaan Pelanggan yang memberi maklumat peribadi mereka kepada kami. Untuk memenuhi tanggungjawab ini, Sewanify mematuhi semua undang-undang dan peraturan berkaitan perlindungan maklumat peribadi (“Undang-undang Perlindungan Maklumat Peribadi”), dan bekerja untuk mengurus dan melindungi maklumat peribadi dengan betul selaras dengan Polisi ini.

1. Penggunaan Maklumat Peribadi

Sewanify akan menggunakan maklumat peribadi Pelanggan hanya untuk tujuan yang dikongsi kepada Pelanggan pada waktu maklumat itu diambil dan untuk tujuan yang dinyatakan dalam Polisi ini (“Skop Penggunaan”), dan tidak akan menggunakan maklumat itu untuk apa-apa tujuan lain melainkan telah mendapat kebenaran dari Pelanggan atau dimana ianya dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang.

Tertakluk kepada undang-undang yang berkenaan, Sewanify mungkin akan menggunakan maklumat peribadi Pelanggan untuk tujuan berikut:-

  • (a) untuk pembangunan dan promosi produk dan servis yang lebih baik untuk kepuasan Pelanggan;
  • (b) untuk membolehkan ia menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dibawah apa-apa undang-undang yang berkaitan, termasuk undang-undang dan peraturan anti pengubahan wang haram;
  • (c) untuk membolehkan ia menjalankan tanggungjawab kontraknya;
  • (d) untuk memberi Pelanggan maklumat tentang produk dan servis Sewanify;
  • (e) untuk mengekalkan dan mengemaskini rekod Pelanggan; dan
  • (f) untuk apa-apa tujuan lain yang berkaitan atau bersampingan atau untuk pelanjutan tujuan-tujuan diatas.

Maklumat peribadi Pelanggan mungkin akan dipindahkan keluar dari Malaysia.

Maklumat peribadi Pelanggan diambil dari pelbagai sumber, termasuk maklumat yang diberi oleh Pelanggan sendiri atau orang lain yang bertindak bagi pihak Pelanggan, maklumat dari pihak ketiga atau maklumat dalam domain awam.

Pelanggan diperlukan untuk memberi maklumat peribadi yang diperlukan untuk diproses oleh atau bagi pihak Sewanify seperti yang dicirikan di atas. Jika Pelanggan tidak bersetuju untuk memberi maklumat peribadi tersebut kepada Sewanify mengikut Polisi ini, Sewanify tidak boleh untuk mematuhi sebarang tanggungjawab kontraknya kepada Pelanggan dan, Sewanify tidak boleh memberikan servis yang berkesan kepada Pelanggan.

2. Pengurusan Wajar dan Perlindungan Maklumat Peribadi

Sewanify telah mengenakan langkah-langkah berikut untuk mengurus dan melindungi maklumat peribadi Pelanggan dengan betul:

  • Penubuhan organisasi untuk mempromosi dan memastikan perlindungan semua maklumat peribadi yang dipegang Sewanify secara keseluruhannya, dan perlantikan pengawal maklumat peribadi dalam setiap Syarikat Kumpulan Sewanify dan setiap jabatan yang mengendali maklumat peribadi;
  • Penubuhan peraturan dalaman syarikat berdasarkan Undang-undang Perlindungan Maklumat Peribadi dan panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa berkaitan tentang pengendalian maklumat peribadi;
  • Mendidik pekerja dan orang lain yang berkenaan untuk memastikan mereka memahami kepentingan perlindungan maklumat peribadi dan benar-benar biasa dengan semua peraturan dan panduan yang berkenaan;
  • Penubuhan daftar pengurusan maklumat peribadi dan penguatkuasaan sekatan maklumat peribadi yang sesuai; dan
  • Pelaksanaan langkah keselamatan bersesuaian dan munasabah untuk mengelak akses yang tidak dibenarkan, atau kebocoran, kerosakan atau pengubahsuaian, maklumat peribadi.

3. Peruntukan kepada dan Perkongsian dengan Pihak Ketiga

Sewanify tidak akan memberikan atau berkongsi maklumat peribadi Pelanggan kepada pihak ketiga kecuali dalam kes-kes berikut:

  • Kebenaran telah diberi terlebih dahulu oleh Pelanggan yang maklumat peribadinya akan dikongsi;
  • Perkongsian maklumat diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang atau dengan arahan mahkamah;
  • Maklumat yang diberi kepada atau dikongsi dengan pembekal servis (termasuk pegawai, pekerja dan ejennya) mengikut Skop Penggunaan (sila lihat Artikel 4 dibawah);
  • Dalam kes perkongsian diantara sekutu perniagaan; dan
  • Maklumat peribadi yang diberikan berkaitan dengan penggantian perniagaan akibat penggabungan, spin-off atau sebaliknya.

Walau apa pun perkara di atas dan tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan, Sewanify mungkin berkongsi maklumat peribadi Pelanggan kepada:-

  • (a) anak syarikat, syarikat induk, perbadanan atau sekutu perniagaan yang berkaitan (terma “perbadanan berkaitan” adalah seperti yang didefinisikan dalam Akta Syarikat 2016) Sewanify sama ada sekarang atau masa depan;
  • (b) badan kerajaan atau pihak berkuasa kawal selia Malaysia atau badan kerajaan atau pihak berkuasa kawal selia luar yang berkaitan;
  • (c) Bank Negara Malaysia dan sebarang pihak berkuasa lain yang mungkin diperlukan dari masa ke semasa; dan/atau
  • (d) mana-mana pihak yang Sewanify anggap sesuai;

walaupun orang itu mungkin berada diluar Malaysia, untuk mana-mana tujuan diatas atau tujuan lain yang mana maklumat peribadi Pelanggan telah diberi pada waktu pengambilannya.

4. Kawalan Pembekal Servis

Sewanify kadangkala memberi pengendalian maklumat peribadi kepada pembekal servis dari luar. Hanya pembekal servis yang telah disahkan mempunyai kebolehan mengendali maklumat peribadi dengan betul akan dipilih. Sewanify juga memberi dan berkongsi maklumat peribadi Pelanggan kepada pembekal servis tersebut dengan mematuhi Skop Penggunaan, dan memerlukan mereka, dengan kontrak bertulis atau cara yang sepertinya, untuk mengendali maklumat peribadi dengan betul, dan mengesahkan pematuhan mereka secara berkala.

5. Tindak Balas kepada Pengesahan, Semakan Semula dan Permintaan Lain yang Berkaitan Maklumat Peribadi

Apabila Pelanggan meminta pengesahan, semakan semula (pembetulan, penambahan atau pamadaman), pemberhentian penggunaan atau penyingkiran maklumat peribadinya, Sewanify akan, setelah mengesahkan identiti Pelanggan tersebut, mematuhi permintaan tersebut, melainkan ada sebab munasabah untuk ditolak.

Pelanggan boleh menghubungi kami di [email protected]


Pelanggan boleh menarik balik kebenaran yang diberikan kepada kami untuk mengambil maklumat peribadi mereka pada bila-bila masa seperti yang dinyatakan diatas. Sekiranya penarikan semula kebenaran telah dipatuhi, Sewanify tidak boleh untuk mematuhi apa-apa tanggungjawab kontraknya kepada Pelanggan dan, Sewanify tidak boleh memberi servis lagi kepada Pelanggan.

6. Tindak Balas kepada Komen dan Aduan Berkenaan Pengendalian Maklumat Peribadi

Kami akan berusaha untuk mengatasi sebarang komen atau aduan yang berkaitan penggunaan maklumat peribadi Pelanggan dengan cara yang pantas dan sesuai.

Pelanggan boleh menghubungi kami dalam bentuk bertulis pada butiran hubungan yang dinyatakan dalam Artikel 5 diatas.

7. Cookies

Sewanify menggunakan cookies pada laman webnya untuk menambahbaik laman web, termasuk meningkatkan maklumat dan servis yang diberi dan menjadikan laman web lebih senang untuk diguna, dan, pada sesetengah laman web, untuk mengesahkan keahlian untuk log masuk, menyesuaikan kandungan servis atau mengedarkan pengiklanan berdasarkan sejarah pelayaran. Cookie ialah fail elektronik yang dihantar dari laman web tertentu kepada pelayar yang melayari laman web tersebut, yang boleh didapatkan semula kemudian untuk membezakan komputer pengguna.

Pelanggan boleh melumpuhkan keupayaan atau memadam cookies dalam penetapan pelayar mereka. Walaubagaimanapun, ini akan menyebabkan sesetengah servis, termasuk servis yang memerlukan log masuk, tidak tersedia kepada Pelanggan.

8. Persetujuan

Dengan pemberian maklumat peribadi mereka kepada kami, Pelanggan adalah dengan itu telah memberi persetujuan untuk pemprosesan maklumat peribadi mereka mengikut Polisi ini.

Pelanggan juga mengesahkan yang mereka telah mendapatkan kebenaran dari orang yang maklumat peribadinya telah diberi kepada kami oleh Pelanggan atau dikenalpasti dari maklumat peribadi Pelanggan yang mungkin diproses oleh kami untuk tujuan yang dinyatakan disini termasuklah pendedahan kepada pihak yang dinyatakan didalam Polisi ini.

9. Semakan Semula dan Penambahbaikan Pengendalian Maklumat Peribadi

Polisi ini mungkin akan disemak semula dari masa ke semasa apabila diperlukan untuk mencerminkan penambahbaikan berterusan kami dalam perlindungan maklumat peribadi dan mengambil kira sebarang perubahan dalam Undang-Undang Perlindungan Maklumat Peribadi. Sewajarnya, Polisi ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal. Sebarang perubahan pada Polisi ini akan dipaparkan di laman web kami, melainkan Pelanggan menghubungi kami dalam bentuk bertulis (butiran hubungan telah diberi dalam Artikel 5 diatas), Pelanggan akan dianggap telah menerima perubahan tersebut. Oleh itu, Pelanggan adalah digalakkan untuk melawat laman web kami dari masa ke semasa untuk memastikan yang mereka sedar akan polisi yang terbaru berkaitan perlindungan maklumat peribadi.