Lesson 1 of6
In Progress

Kelas 1 : Apa Perlu Buat Bila Dah Ada Perjanjian Sewa Rumah?

Rizal June 8, 2021
Lesson
Materials

Nota

Dalam kelas ini anda akan pelajari apa yang perlu anda persiapkan sebelum membawa perjanjian sewa rumah ke penyewa untuk melengkapkan proses tandatangan.

Setelah anda lakukan pembelian, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan sebelum anda boleh menggunakan perjanjian sewa rumah tersebut.

#1 – Semak Emel

Sebaik sahaja anda buat pembelian, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah untuk semak emel anda. 

Kami telah hantar satu emel yang mengandungi link untuk download perjanjian tersebut. Check folder Inbox anda ataupun Spam sekiranya tiada dalam Inbox. 

Sekiranya masih tidak jumpa, pastikan anda semak tab Promotion bagi Gmail dan Other bagi Hotmail. Kadang-kadang emel boleh masuk antara kedua tab ini.

#2 – Download

Apabila anda dah jumpa emel tersebut, anda boleh klik pada link yang diberikan untuk download perjanjian sewa rumah ke laptop/PC anda.

Kami letakkan had download iaitu 2x Download pada setiap fail dan hanya boleh download dalam tempoh 10 hari selepas pembelian dibuat. 

Ini bagi mengelakkan fail tersebut disebarluaskan tanpa sebarang kawalan daripada kami. 

Jadi, kalau anda ada sebarang masalah untuk download fail-fail tersebut, anda boleh hubungi team kami dan kami akan cuba selesaikannya secepat yang mungkin.

#3 – Convert ke Words

Perkara ketiga yang perlu anda lakukan adalah untuk convert file yang kami berikan itu kepada Words. 

Eh, kenapa tak kasi je dalam bentuk Words je terus? 

Ini adalah polisi privasi kami bagi memastikan hak cipta kami terus terpelihara dan kami lebih mudah untuk ambil tindakan undang-undang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Berbalik semula kepada langkah ketiga ini, sekiranya anda mempunyai sebarang perkara yang ingin anda ubah atau edit, anda boleh convert dari PDF ke Words melalui aplikasi online di smallpdf.com dan ianya 100% percuma.

#4 – Teliti & Edit

Setelah anda convert ke Words, anda kini boleh tambah atau buang mana yang anda rasa sesuai dan tidak sesuai untuk rumah sewa anda. 

Setiap tuan rumah mempunyai polisinya tersendiri, jadi di sinilah anda boleh mengubah setiap terma dan syarat dalam perjanjian ini mengikut polisi anda tersendiri.

Tetapi, sebelum anda ubah mana-mana bahagian, pastikan anda memahami setiap isi kandungan yang kami nyatakan dalam dokumen ini supaya anda tidak terbuang perkara yang penting ataupun menambah perkara yang sudah ada ditulis dalam perjanjian tersebut.

#5 – Isi Senarai Inventori

Dalam dokumen perjanjian sewa rumah ini, kami ada kepilkan bersama Bahagian 4 untuk anda isi sebelum anda jumpa penyewa. 

Apa yang boleh anda lakukan adalah, periksa rumah sewa anda secara menyeluruh sambil menyenaraikan inventori-inventori penting dalam rumah sewa anda dalam Bahagian 4. 

Tidak kira sekecil-kecil perkara seperti tombol pintu hadapan rumah anda hinggalah sebesar-besar peti ais, kami sarankan untuk anda masukkan ke semua perkara tersebut ke dalam Bahagian 4 ini. 

Anda boleh siap-siap tangkap gambar setiap inventori tersebut dan simpan untuk rujukan anda di masa hadapan.

Gambar ini juga anda boleh tunjuk kepada penyewa sewaktu menjalankan pemeriksaan rumah sewa bersama penyewa nanti.

Sekiranya muka surat ini tidak mencukupi, anda boleh cetak lagi Bahagian 4 ini atau lampirkan senarai tambahan di Lampiran A di akhir dokumen ini.

Secara amnya, kalau anda menjumpai sebarang kecacatan pada mana-mana bahagian inventori rumah sewa anda, kami sarankan anda tukar atau perbaikinya sebelum anda tulis dalam Bahagian 4 ini. 

Ini bagi memastikan penyewa anda tidak memulangkan kepada anda dalam keadaan yang lebih teruk berbanding kerosakan yang asalnya kecil sahaja.

#6 – Cetak

Langkah yang terakhir sebelum anda bawa dokumen ini ke penyewa adalah untuk mencetak perjanjian sewa rumah anda. 

Anda perlu mencetak satu salinan untuk setiap penyewa yang ada. 

Sekiranya anda mempunyai 4 penyewa individu, maka 4 perjanjian perlu anda cetak. 

Sekiranya anda mempunyai 1 penyewa yang berkeluarga, maka anda hanya perlu cetak 1 salinan dokumen perjanjian sahaja.

Tambahan, sekiranya anda mampu, kami galakkan untuk anda cetak dalam format berwarna supaya nampak profesional dan cetak 1-sided atau satu belah supaya mudah untuk proses tandatangan nanti.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, sebaik sahaja anda telah melakukan pembelian tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu anda lakukan iaitu:

  1. Semak Emel Anda
  2. Download Perjanjian Sewa Rumah
  3. Convert ke Words
  4. Edit Mengikut Kesesuaian
  5. Isi Senarai Inventori
  6. Cetak 

Setelah anda lakukan segala langkah-langkah di atas, anda boleh bawa perjanjian sewa rumah tersebut untuk dapatkan tandatangan bersama penyewa.