Lesson 3 of6
In Progress

Kelas 3 : Bagaimana Ingin Pastikan Perjanjian Sah Di Sisi Undang-Undang?

Rizal June 12, 2021
Lesson
Materials

Nota

Sila rujuk bahagian Materials di atas untuk dapatkan dokumen sokongan dan nota tambahan bagi kelas ini.

Anda akan pelajari apakah proses-proses yang perlu anda ikuti untuk mematikan setem surat perjanjian sewa rumah anda di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pengenalan

Objektif utama untuk mematikan setem adalah supaya dokumen perjanjian sewa rumah anda sah untuk digunakan di mahkamah dan sebagai dokumen sokongan pendapatan tambahan anda untuk kegunaan pihak bank.

Proses  mematikan setem ini anda perlu lakukan dalam 30 hari selepas perjanjian sewa rumah ditandatangani.

Jadi, sebaiknya selepas anda dapatkan tandatangan penyewa, anda terus pergi ke cawangan LHDN yang terdekat untuk dapatkan penyeteman.

Di bawah adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mematikan setem perjanjian sewa rumah anda.

#1 – Dapatkan Harga Penyeteman

Langkah pertama adalah untuk anda dapatkan harga penyeteman tersebut.

Untuk mendapatkan harga penyeteman ini, terdapat dua cara yang anda boleh lakukan.

Kalkulator Sewanify

Pertama, guna kalkulator yang pihak kami ada sediakan.

Klik Di Sini Untuk Akses Ke Kalkulator LHDN Sewanify

Ada beberapa perkara yang perlu anda masukkan ke dalam kalkulator tersebut.

Bilangan Tahun Sewaan

Berapa lama tempoh yang anda ingin sewakan kepada penyewa anda?

Kadar Sewaan

Berapakah kadar harga sewaan bulanan rumah sewa anda?

Bilangan Salinan

Berapa banyak salinan (copy) yang anda ingin matikan setem.

Ketiga-tiga faktor ini akan digunakan sebagai kiraan kepada jumlah akhir yang perlu anda bayar kepada pihak LHDN untuk mematikan setem perjanjian anda.

Manual

Cara kedua adalah dengan menggunakan manual iaitu dengan menggunakan formula.

Formula: [(Kadar Sewa x 12) – 2400]/ 250 x Kadar Duti Tempoh Sewa = Kos Duti Setem

Kadar Duti Tempoh Sewa: RM1 = 1 Tahun | RM2 = 1 – 3 Tahun | RM4 = >3 Tahun

Kalau kita tengok di atas, formulanya adalah Kadar Sewa darab dengan 12 kemudian ditolak dengan 2400 (kerana 2400 pertama mendapat pengecualian cukai), kemudian hasil darab dan tolak tersebut dibahagikan dengan 250.

250 di sini adalah bermaksud, pihak LHDN akan kenakan caj sebanyak RM1 @ RM2 @ RM4 (iaitu kadar duti berdasarkan tempoh sewaan) pada setiap RM250 bergantung pada tempoh sewaan anda.

Klik butang di bawah untuk melihat penerangan lebih terperinci berkaitan topik ini.

[Button]

#2 – Isi Borang LHDN

Setelah anda tahu berapakah harga penyeteman yang perlu anda bayar, anda boleh mula isi borang LHDN sebelum di bawa ke pejabat sana.

Terdapat dua cara yang mana anda boleh gunakan untuk mengisi borang LHDN:

  1. Digital
  2. Manual

Untuk kaedah Digital, anda perlu download aplikasi Digital Franking pada phone iOS ataupun Android anda dan isi segala yang berkaitan dengan perjanjian sewa rumah anda di situ.

Ia adalah sebuah sistem yang dibangunkan oleh pihak LHDN bagi memudahkan proses mematikan setem di cawangan mereka.

Untuk kaedah Manual pula, anda boleh gunakan borang PDS 1(A) untuk mengisi segala informasi berkaitan dengan sewaan rumah anda.

Klik Untuk Download Borang PDS 1(A)

  1. Format PDF
  2. Format Excel

Secara amnya, pengisian melalui digital adalah lebih digalakkan kerana ia lebih mudah dan cepat untuk diisi dan diproses oleh pihak LHDN.

Namun, sekiranya anda mempunyai kesukaran untuk mengisi melalui aplikasi tersebut, anda boleh siap-siap isi borang PDS 1(A) secara manual sebelum ke LHDN nanti.

Seterusnya, kita akan tunjukkan cara bagaimana anda boleh lakukan untuk kedua-dua kaedah ini.

Kaedah Digital – DFS 2.0

Sebelum kita masuk lebih mendalam tentang bagaimana anda boleh gunakan aplikasi ini, adalah baiknya untuk anda tahu bahawa sistem ini hanyalah untuk memudahkan sistem pendaftaran informasi sewaan anda ke pihak LHDN sahaja.

Anda masih perlu hadir ke LHDN untuk mendapatkan cop hasil tersebut ke atas perjanjian anda untuk tujuan pengesahan.

Jangan silap faham apabila anda sudah selesai proses ini, perjanjian anda sah untuk digunakan.

Tidak sama sekali. Jadi, selepas anda selesai segala proses ini, pastikan anda pergi ke LHDN yang berhampiran untuk tujuan pengesahan dokumen.

Sila rujuk fail ini untuk dapatkan perincian step-by-step bagaimana anda boleh isi borang LHDN melalui sistem Digital Franking ini.

Kaedah Manual – PDS 1(A)

Perkara pertama yang perlu anda tahu adalah, borang PDS 1(A) ialah sebuah kaedah alternatif sekiranya anda tidak berkemampuan untuk melakukan pendaftaran melalui kaedah digital.

Namun, ada sesetengah cawangan LHDN tidak lagi menggunakan borang ini dan mereka akan minta anda menggunakan sistem Digital Franking apabila anda tiba di sana.

Sebaiknya, anda gunakan kaedah Digital terlebih dahulu, atau sekiranya anda mempunyai sebarang masalah untuk menggunakannya, anda boleh gunakan kaedah ini. Dengan syarat, anda hubungi cawangan yang berhampiran dengan anda terlebih dahulu sama ada borang itu diterima ataupun tidak.

Sila rujuk fail ini untuk dapatkan perincian step-by-step bagaimana anda boleh isi borang PDS 1(A) ini.

#3 – Matikan Setem

Setelah anda selesai mengisi borang yang diperlukan, bawa dokumen tersebut bersama-sama dengan perjanjian sewa rumah yang telah ditandatangani ke LHDN yang berhampiran.

Setibanya anda di cawangan LHDN tersebut, dapatkan nombor giliran dan tunggu giliran anda dipanggil.

Kemudian, jumpa pegawai dan tunjukkan QR Code ataupun borang yang telah anda isi tersebut.

Mereka akan beritahu anda berapakah yang perlu anda bayar.

Setelah pembayaran dibuat, mereka akan cop salinan original dan salinan copy perjanjian sewa rumah anda.

Itu sahaja.

Proses mematikan setem sudah selesai.

Kesimpulan

Dalam proses mematikan setem, anda diberi dua pilihan iaitu kaedah Digital ataupun Manual.

Kaedah yang terbaik adalah menggunakan kaedah digital kerana ia lebih mudah dan cepat.

Sekiranya anda tidak berkemampuan, kaedah manual boleh digunakan secara alternatif.