Lesson 4 of6
In Progress

Kelas 4 : Apakah Cara Terbaik Untuk Lancarkan Pengurusan Rumah Sewa?

Rizal June 13, 2021
Lesson
Materials

Nota

Sila rujuk bahagian Materials di atas untuk dapatkan dokumen sokongan dan nota tambahan bagi kelas ini.

Setelah anda selesai mendapatkan setem di LHDN, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan bagi memastikan penyewaan anda akan datang bertambah lebih lancar.

#1 – Scan Dokumen

Muat turun aplikasi Cloud Storage dalam telefon bimbit

Perkara pertama yang perlu anda lakukan sebaik sahaja anda mendapat setem tersebut adalah untuk scan segala dokumen yang berkaitan dengan pengurusan rumah sewa anda khususnya perjanjian sewa rumah anda.

Simpan segala dokumen tersebut di dalam cloud storage seperti Google Drive ataupun Dropbox supaya anda boleh rujuk fail tersebut semula di masa hadapan.

Kemudian, download aplikasi Cloud Storage tersebut ke dalam telefon bimbit anda supaya mudah untuk anda akses bila perlu nanti.

#2 – Salinan Kepada Penyewa

Setelah anda scan dan simpan perjanjian yang telah dimatikan setem ke dalam komputer dan cloud storage anda, serahkan kepada penyewa dalam bentuk soft copy dan hardcopy.

Softcopy anda boleh berikan mereka Link Download atau hantar sahaja scanned fail tersebut kepada mereka.

Hardcopy pula anda berikan kepada mereka Salinan perjanjian tersebut melalui serahan tangan (iaitu anda jumpa penyewa depan-depan dan berikan kepada mereka) atau gunakan pos.

#3 – Dokumentasi

Setelah anda serahkan dokumen perjanjian tersebut kepada penyewa, persiapkan fail yang berkaitan dengan pengurusan rumah sewa anda.

Fail ini akan digunakan untuk tujuan dokumentasi setiap perkara yang berkaitan dengan rumah sewa anda seperti:

  • Dokumen Perjanjian
  • Dokumen LHDN
  • Resit Pembayaran Sewa
  • Rekod Penyelenggaraan
  • Bil
  • Laporan Kerosakan

Kesimpulan

Terdapat beberapa perkara yang perlu anda lakukan setelah anda dapatkan setem di LHDN, antaranya:

  1. Scan Dokumen berkaitan penyewaan rumah
  2. Berikan salinan dokumen tersebut kepada penyewa
  3. Dokumentasi segala berkaitan dengan pengurusan rumah sewa

Apabila segala dokumen siap disusun dengan baik, maka tiba masa untuk anda laksanakan segala perjanjian yang dibuat bersama penyewa.

Download

Sila klik link di bawah untuk muat turun nota-nota berkaitan kelas ini.

Nota Kelas 4 - Apakah Cara Terbaik Untuk Lancarkan Pengurusan Rumah Sewa?